Wednesday, 22 February 2012

Alpha College of Technology


PENGENALAN

Alpha College of Technology yang nama asalnya Institut Pujangga telah ditubuhkan pada Mei 1997 di bawah Pujangga Sari ( M ) Sdn. Bhd. yang telah diperbadankan pada 28hb.April 1997. Walau bagaimanapun, kelulusan penubuhannya oleh Jabatan Pendidikan Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia telah diperolehi pada 23hb.Jun 1998 ( No. Ruj : KP (JPS) 5195/IPTS/976( 13 ). Nama asalnya ialah Institut Pujangga. Perubahan nama telah dibuat sebanyak dua kali iaitu pada November 2000 ( Institut Pengurusan Pujangga ) dan pada tahun 2005 ( Kolej Teknologi Alpha )

Alpha College of Technology adalah milik Syarikat Bumiputera ( Pujangga Sari (M) Sdn. Bhd sepenuhnya dan insyAllah akan kekal sebagai milik Bumiputera. Buat masa ini, Alpha College of TEchnology ditempatkan di Lot 162, 168-173 Jalan S2B3 Green Technology Park, Seremban 2.

Ringkasan Latarbelakang Pemilik Kolej Teknologi Alpha

Dr. Hamzaid Yahya - Ketua Eksekutif & Pengarah Syarikat. Mendapat pendidikan peringkat tinggi di Universiti Malaya dalam bidang Ekonomi. Meneruskan pengajian peringkat Sarjana di East Anglia University, UK dan Phd di Washington State University, USA. Berpengalaman luas dalam bidang Ekonomi. Sentiasa menjadi rujukan memberikan pandangan tentang sesuatu isu ekonomi. Berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) sejak 1975 sehingga 1996. Sepanjang perkhidmatan di UKM pernah dilantik memegang beberapa jawatan termasuklah Ketua Jabatan Analisis Ekonomi dan Ahli Senat. Menceburkan diri dibidang pendidikan tinggi swasta sebagai Ketua Eksekutif, Kolej Yayasan Melaka bermula tahun 1997 sehingga 2006. Mengambil alih jawatan Ketua eksekutif Kolej Teknologi Alpha pada Januari 2007. Pernah menjadi Ahli Hakim Mahkamah Syariah, Melaka ( 2000-2001)

Visi

Menjadikan Kolej Teknologi Alpha sebagai kolej swasta Malaysia yang tersohor di ASEAN.

Misi

Untuk menjadi pusat kecemerlangan yang memberi peluang kepada individu pelajar dan ahli masyarakat memangkinkan produktiviti dan kualiti yang tinggi melalui pendidikan pengurusan menerusi pegajaran, pembelajaran, penyelidikan, dan khidmat masyarakat.

Objektif

Meneroka, memelihara dan memanfaatkan ilmu bagi melahirkan graduan yang berhemah tinggi, berketrampilan dan bertakwa ;

Menghasilkan warga cendekiawan yang berilmu, berbudi dan berbakti kepada diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa, dan negara ;

menyumbang kepada pembangunan sumber manusia melalui penghasilan graduan yang berkemahiran, kreatif, inovatif, berdaya saing, serta berakhlak mulia.

No comments:

Post a Comment